Anwar lancar PenangInsight, mahu media dan rakyat bebas

Hirnissa | Apr 20, 3:05 PM
 
TEMASYA perlancaran PenangInsight.com oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada petang semalam mencipta sejarah tersendiri bagi portal berita online itu.
 
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh meluahkan harapan supaya semua media baru di tanah air ini membantu Pakatan Rakyat mendemokrasikan lagi pengetahuan rakyat sempena pilihan raya umum ke-13 nanti.
 
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, hanya maklumat yang sahih boleh mendorong rakyat memerdekakan diri masing-masing dengan menolak fitnah yang diada-adakan oleh pemimpin Umno Barisan Nasional belakangan ini.
 
"Dengan lafaz  'basmaLlah', web berita ini saya lancarkan. Media-media yang banyak dan bebas penting untuk kita (Pakatan Rakyat).
 
"Ayuh kita memerdekakan media kita dan semua rakyat," ujarnya di lobi Dewan Rakyat.
 
Turut berucap, Pengerusi Lembaga Pengarah PenangInsight.com, Zolkifly Md Lazim.
 
"Diharap PenangInsight.com bukan sahaja menjadi harapan pada Pulau Pinang, malah harapan buat Malaysia.
 
"Semoga kewujudan kami (PenangInsight.com) ini dapat melengkapkan impian kita bersama, iaitu media dan rakyat lebih demokratik di tanah air ini," ujar Zolkifly pada sidang media yang sama.
 

Turut hadir pada temasya itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden PKR), Mohd Yusof Mohd Noor (ahli Majlis Perbadaran Pulau Pinang, MPPP), Ahmad Tarmizi Abdullah (ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP), Haji Johari Omar (pemimpin PAS Kepala Batas) dan Zainulfaqar Yaacob (wartawan sukarela PenangInsight.com).

 

PenangInsight.com memulakan operasi sejak hujung tahun lepas. -END

 

Tag: 

Ruangan Komen

PERINGATAN: PenangInsight tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun laman sosial dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.