BN nasihat Najib, pembangkang debat terbuka

Zainulfaqar | Feb 20, 12:05 AM
Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak wajar bersikap lebih terbuka untuk menerima budaya perdebatan mengenai isu-isu kepentingan bersama, nasihat pemimpin Barisan Nasional.
 
Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata para pemimpin Barisan Nasional sebelum ini pernah bersemuka dalam debat dengan Pakatan Rakyat sebelum ini dan mereka bersedia untu berdepan lagi dengan pembangkang itu asalkan dalam isu yang sesuai untuk diperdebatkan.
 
Pendapat itu disuarakan ketika Najib mengelak dan berdalih untuk menerima cabaran debat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai polisi dan masa depan tanah air di pilihan raya umum ke-13.
 
"Pada Ogos 2008, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga berdepan dengan Lim Guan Eng dalam debat di auditorium DBP (Dewan bahasa dan Pusataka), beberapa bulan selepas beliau kalah dalam pilihan raya umum.
 
"Banyak lagi pemimpin lain dalam BN seperti Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri nazri Aziz dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shaberi Cheek turut berdebat dengan pemimpin pembangkang sebelum ini," katanya.
 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas debat antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Tag: 

Ruangan Komen

PERINGATAN: PenangInsight tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun laman sosial dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.