DAP mahu karya P.Ramlee jadi identiti P.Pinang

Zainulfaqar | Jan 7, 4:36 PM

 

KETUA Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng mahu mengangkat karya-karya Seniman Agung P.Ramlee menjadi identiti warga Pulau Pinang sekarang.
 
Berucap sempena majlis perasmian Pameran P.Ramlee hari ini, beliau berkata, Kerajaan Negeri melalui Penang Institute akan terus menyokong usaha mengembangkan kebudayaan di negeri ini.
 
"Kita dapat lihat dalam semua filem P.Ramlee, kesemua sifat yang benar, betul dan suci akan menang dan berjaya, kalau bukan di dunia sekarang, pasti diakhirat. Inilah pegangan yang harus dipakai oleh kita semua.
 
"(Justeru,) kerajaan Negeri Pulau Pinang komited untuk menjadi negeri ini bukan sahaja sebagai peneraju pembangunan ekonomi, malah, juga pelopor dalam pembangunan kebudayaan dan warisan," ujar beliau di Komtar, George Town.
 
Ketua Pengarah Eksekutif Penang Institute, Zairil Khir Johari turut berucap pada majlis tersebut.
 
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ng Wei Aik (Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar), paguam Hanipa Maidin, Datuk Abdul Halim Hussain (Speaker DUN Pulau Pinang), Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) dan Ng Wei Aik (ADUN Komtar) turut hadir pada majlis tersebut.
 
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP  berkata, warga Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri perlu bersama-sama mempromosikan kebudayaan yang dihasilkan oleh anak Melayu itu.
 
Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan pendirian Guan Engserta Kerajaan Negeri yang sebenarnya bukanlah anti Melayu seperti yang acap kali dituduh oleh pembangkang Pulau Pinang hingga sekarang. -END
Tag: 

Ruangan Komen

PERINGATAN: PenangInsight tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun laman sosial dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.