Henti fitnah MPPP tidak selenggara 'Jalan Persekutuan'

Zainulfaqar | Dec 5, 10:06 AM
AHLi Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Prem Anand a/l Loganathan baru-baru ini mendedahkan nama syarikat lantikan Kerajaan Pusat yang didakwa gagal menyelenggara beberapa jalan bandaran di Pulau Pinang sehingga memburukkan imej Kerajaan Negeri.
 
Semasa membentangkan usul dalam mesyuarat penuh majlis baru-baru ini, beliau berkata, penyelenggaraan jalan dari Bulatan Gelugor ke Tanjung Tokong melalui Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Batu Feringghi dan Tanjong Bunga adalah di bawah tanggungjawab Syarikat Belati Wangsa.
 
Menurut beliau, Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu dari Queens Bay ke Batu Maung pun di bawah syarikat tersebut.
 
"Syarikat (Belati Wangsa) ini adalah anak syarikat Johawaki Holdings yang memiliki saham sebanyak 91 peratus.
 
"(Syarikat lantikan) Kerajaan Persekutuan ini menyelenggara 'Route 6' yang juga dikenali sebagai 'Jalan Persekutuan'.
 
"Pelbagai aduan diterima MPPP, kes kemalangan jiwa kerap berlaku di jalan-jalan tersebut sehingga ada pihak sengaja mempolitikkan isu ini dengan memberikan gambaran palsu kononnya Kerajaan Negeri dan MPPP yang bertanggungjawab ke atas imej-imej negatif demikian," ujar beliau di dewan mesyuarat, di sini.
 
Malah, beliau mendakwa, pihak pembangkang Pulau Pinang turut memberi gambaran tidak benar di sebalik isu tersebut.
 
"Ini semua adalah putar belit dan sandiwara MCA, Gerakan dan Umno yang cuba mencemarkan nama baik Kerajaan Negeri.
 
"Pihak BN (Barisan Nasional) selalu memperalat media serta rakyat dalam hal ini," ujar beliau.
 
"Sebelum pada itu, Anand berkata, kerja-kerja syarikat penyelenggaraan jalan antara lain adalah  menyelenggara jalan, manampal lubang jalan, meratakan bahu jalan, memotong rumput, memeriksa keadaan fizikal jalan secara berjadual dan sebagainya.
 
Tuntas dari itu, beliau berkata, rakyat diharap supaya tidak terpengaruh oleh berita tidak sahih yang diada-adakan oleh pembangkang di negeri berkenaan. 
 
"Saya berharap Barisan Nasional berhenti memberi infomasi palsu kepada media dan rakyat mengenai penyelenggaraan Jalan Persekutuan atau Route 6 ini," ujar beliau. -END
Tag: 

Ruangan Komen

PERINGATAN: PenangInsight tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun laman sosial dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.