Karnival Komuniti Hijau 3 Nov di Megamal Pinang

Zainulfaqar | Oct 30, 1:39 PM

 

KARNIVAL Komuniti Hijau 2012 dianjurkan selama dua hari bermula 3 November depan di pasar raya Megamal Pinang, Seberang Perai demi mendekatkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dengan komuniti setempat.
 
Yang Dipertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif (kiri), karnival itu antara lain untuk meraikan penglibatan masyarakat dalam aktiviti yang berkaitan akan sekitar seperti kitar semula, pengkomposan dan kepekaan masyarakat awam tentang kebersihan alam sekitar.
 
"Kita memang mengharapkan kunjungan yang lebih ramai sungguhpun karnival seperti ini adalah kali pertama kita (MPSP) anjur," ujar beliau tengah hari tadi di Kompleks MPSP, Bukit Mertajam.
 
Beliau berkata, Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow dijadualkan merasmikan karnival anjuran bersama MPSP dengan Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) itu.
 
Tambah beliau, pertandingan pakaian berangan kitar semula, pertandingan melukis-mewarna, pertandingan seni kitar semula antara acara menarik sepanjang dua hari karnival tersebut berlangsung.
 
Gerai pameran dan persembahan pentas turut dibuka membabitkan sekolah-sekolah berwajib yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Anugerah Sekolah Hijau.
 
"Saya ingin merakamkan penghargaan kerana pihak pengurusan Megamal Pinang kerana menaja lokasi karnival," ujar beliau.
 

 

Tag: 

Ruangan Komen

PERINGATAN: PenangInsight tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun laman sosial dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.