Kebebasan media dan wartawan dikasari berbeza, kata Najib

Hirnissa | Mei 6, 7:35 PM

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pentadbirannya masih menghormati kebebasan media sungguhpun Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April lepas menyaksikan polis didakwa memukul wartawan selain memusnahkan kamera mereka yang berkenaan.
 
Beliau yang juga Presiden Umno menegaskan keganasan yang menimpa wartawan dan kebebasan media yang kononnya dihormati oleh kerajaan pusat adalah dua isu yang berbeza.
 
"Serangan polis terhadap wartawan dan ... kebebasan media adalah dua isu berbeza," kata Najib dipetik dari laporan Sin Chew Daily hari ini
 
Beliau menolak dakwaan beberapa pihak media bahawa perntadbiran pusat tidak menghormati kebebasan media sebagaimana yang disuarakan sempenan Hari Kebebasan Media Sedunia pada 3 Mei lepas.
 
Beliau berdalih, pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984 baru-baru ini membuktikan pusat menyokong kebebasan media.
 
Pindaan terbaru yang dimaksudkan adalah syarikat percetakan dibenarkan memperbaharui lesen percetakan mereka setiap tahun dan kuasa mutlak pada tangan Menteri Dalam Negeri.
 
"Kita perlu ingat, kerajaan perlu mentadbir negara dengan semangat perundangan, tiada pihak boleh melampaui undang-undang," kata Najib.
 
Dalam perkembangan berkaitan, beliau menabur janji bahawa anggota polis yang dibuktikan menggunakan kekerasan ke atas rakyat serta wartawan akan dibawa ke muka pengadilan.
 
Pun begitu, Najib mempertahankan tindakan polis dengan berkata "kesalahan itu tidak patut di letakkan di bahu seluruh anggota penguatkuasa tersebut" kerana mereka "menjalankan tugas dengan amanah" ketika perhimpunan tersebut. -END
Tag: 

Ruangan Komen

PERINGATAN: PenangInsight tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun laman sosial dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.