Lancar piket 'anti keganasan polis' di Balai Perda petang esok?

Zainulfaqar | Nov 28, 7:10 PM

BEBERAPA grup aktivis mungkin melancarkan piket anti keganasan polis di perkarangan Balai Polis Perda dekat Bukit Mertajam petang esok ekoran insiden Tarmzi Idris, 20, disiksa dalam lokap sejak kelmarin.

 

Wakil Suara Rakyat Malasia (SUARAM) Pulau Pinang - badan hak asasi manusia - memberitahu kemungkinan itu selepas pihaknya serta waris dibenarkan bertemu mangsa.

"Desakan demi desakan, IO (Pegawai Penyiasat) akhirnya membenarkan kita jumpa mangsa. 

"Mangsa memang didera dalam tahanan sampai dikejar ke hospital hari ini.

Selepas kami pulang dari hospital, mangsa dibawa pulang semula ke lokap. 

Waris macam ditakut-takutkan kerana polis kata, 'dia (Tarmizi) saspek kes curi motor' pula," ujar sumber di Balai Polis Perda, Bukit Mertajam petang tadi.

Setiausaha AMK Pulau Pinang, Syed Mikael Rizal Aidid yang ditemui kemudian berkata, pihaknya sedang meneliti latar belakang kes, selain, kemungkinan akan mengepalai piket tersebut.

"Kalau perlu, satu mesyuarat tergemar mungkin diadakan lewat malam ini," ujar beliau.

Semalam, waris serta wakil SUARAM mendesak untuk bertemu mangsa sejurus di lokap sejurus selesai proses memohon perintah reman di Mahkamah Bukit Mertajam.

Difahamkan, waris mahu mengetahui status anak mereka, sama ada menerima siksaan termasuk jenis kejutan elektrik atau sebaliknya.

"Pegawai Penyiasat (IO) sudah pulang ke rumah" dijadikan alasan untuk menolak permohonan waris bertemu Tarmizi, lapor Sean Ho (Koordinator SUARAM Pulau Pinang).

Mangsa ditangkap di perkarangan rumahnya dekat Flet Siakap, Seberang Jaya kira-kira jam 7 malam tadi, iaitu semasa sedang lepak bersama-sama rakan sebaya.

Tangkapan itu membawa pelbagai tanda tanya dan kebimbangan, termasuk mangsa dikatakan menerima kekasaran fizikal dalam lokap serta kejutan elektrik.

Sumber lain, Puan Ani - jiran mangsa - mendakwa, mangsa turut dipaksa mengaku positif dadah kononnya hasil ujian air kencing. 

Malah, dilaporkan, waris mangsa turut diperas RM5,000 oleh pihak tertentu demi menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah.

Mangsa kemudiannya cuba mendapatkan pengadilan di mahkamah. 

Adakah sesuatu yang tidak diingin telah berlaku dalam lokap sehingga disembunyikan dari pengetahuan khalayak? 

Polis Balai Perda ada jawapannya.

Tag: 

Ruangan Komen

PERINGATAN: PenangInsight tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun laman sosial dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.