MiDA dedah prestasi pelaburan P.Pinang diiktiraf

Zainulfaqar | Mar 29, 4:13 PM
Pulau Pinang mungkin penyumbang pelaburan tertinggi berbanding negeri-negeri lain bagi tahun 2011 sekiranya pendapatan hasil minyak Petronas kepada Sarawak tidak diambil kira.
 
Sumber  Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MiDA) melaporkan, Pulau Pinang berada pada tangga kedua dengan jumlah pelaburan RM14.038 bilion.
 
Jumlah Pelaburan Sarawak dengan minyak petroleum sebagai sumber mentah utama sedikit mendahului Pulau Pinang, iaitu sebanyak RM14.351 bilon.
 
Kemudian diikuti oleh Sabah (RM13.682 bilion), Selangor (RM13.465 bilion), Johor (RM12.637 bilion), Perak (RM9.939 bilion), Negeri Sembilan (RM7.184 bilion), Kedah (RM6.403 bilion), Melaka (RM4.825 bilion), Kuala Lumpur (RM3.215 bilion), Terengganu (RM1.405), Kelantan (RM0.444), Labuan (RM0.107) dan Perlis (RM0.034).
 
Laporan itu bagaimanapun tidak mendedahkan sumbangan pelaburan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang menjadi pusat pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Suarakan pendapat anda, di sini!
Tag: 

Ruangan Komen

PERINGATAN: PenangInsight tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun laman sosial dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.