PAU2012: Izzah cuit Najib debat dengan ayahnya

Zainulfaqar | Nov 29, 12:17 PM

 

SEMENTARA Perhimpunan Agung Umno (PAU) sedang berlangsung, Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi dicabar menyahut cabaran debat oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai masa depan negara.
 
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, perwakilan Umno sendiri seharusnya seperti rakyat, iaitu bersedia memilih pemimpin dalam kerangka politik takut Najib atau pemimpin dalam kerangka politik harapan Anwar.
 
“Satu-satunya cara untuk membuktikan Umno tidak takut mahupun panik dalam hari-hari menjelang PRU 13 ini adalah dengan Presiden Umno berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam kenyataan.
 
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang serupa disebut oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menakut-nakutkan rakyat menunjukkan sifat sebenar rejim Umno yang semakin nazak.
 
Terdahulu, Najib dilihat beberapa kali menolak pelawaan debat oleh Anwar dengan dalih, "debat bukan budaya kita". -END
 
Tag: 

Ruangan Komen

PERINGATAN: PenangInsight tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun laman sosial dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.