Rakyat jangan terpengaruh fitnah 'KN P.Pinang pro Singapura'

Zainulfaqar | Feb 20, 12:46 PM
Rakyat Pulau Pinang diingatkan supaya tidak terpengaruh oleh sentimen perkauman pembangkang di sebalik perlantikan HDB Singapura bagi membina 12,000 unit rumah mampu milik yang berkualiti di Batu Kawan. 
 
Ingatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng itu sebagai respons pendirian Umno Pulau Pinang mempertikai langkah kerajaan negeri kerana tidak melantik rakyat tempatan untuk menguruskan projek mega tersebut.
 
"Memainkan sentimen anti-Singapura adalah bukan sahaja provokasi perkauman tetapi juga double-standards kerana apabila Singapura datang ke (Wilayah Pembangunan) Iskandar, Johor tiada masalah tetapi tidak di Pulau Pinang. 
 
"Taktik ekstremis sedemikian oleh UMNO tidak berkesan di Pulau Pinang kerana rakyat Pulau Pinang menyokong usaha ikhlas Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menyediakan rumah mampu milik terbaik untuk golongan miskin di Malaysia," ujarnya.
 
Beliau berkata, HDB Singapura diiktiraf sebagai konsultan perumahan terbaik di Asia dan kerajaan negeri memilik konsultan itu atas atas rekod tersebut.
 
Bagaimanapun katanya, HDP SIngapura tidak terlibat dalam proses pembinaan.
 
Beliau berkata, tender untuk bangunan dan pembinaan projek mega tersebut akan dijalankan pada akhir tahun ini.
 
Projek tersebut dilaksanakan dalam masa 10 tahun.
 
Projek bernilai RM500 juta di atas 200 ekar tanah dekat Batu Kawan itu adalah peruntukan terbesar oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang demi kepentingan rakyat terbanyak.
 
Peruntukan sebesar itu adalah hasil jualan 102.3 ekar tanah termasuk 35 ekar tambakan laut dekat Bayan Mutiara secara tender terbuka kepada pemaju Ivory Properties Group Berhad dengan harga paling tinggi, iaitu RM240 sekaki persegi atau RM1.07 bilion.
 
Dalam perkembangan berkaitan, beliau melahirkan rasa gembira kerana langkah integriti kerajaan negeri melantik HDB Singapura membina rumah mampu milik berkualiti turut mendapat sokongan terbuka daripada arkitek terkemuka tanah air, Raja Datuk Kamarul Bahrin Ahmad Shah. -END
Tag: 

Ruangan Komen

PERINGATAN: PenangInsight tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun laman sosial dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.