Runding polis ganti piket selamatkan mangsa kejutan elektrik

Zainulfaqar | Nov 29, 2:15 PM

 

Cadangan piket selamatkan Tarmizi dari serangan dalam lokap yang sepatutnya dilancarkan di Balai Polis Perda, Bukit Kerajaan petang ini ditangguhkan hasil nasihat pemimpin persatuan penduduk di Seberang Jaya.
 
Wakil Suaram berkata, pihaknya bersama-sama waris mangsa akan terus berusaha membawa mangsa serta seorang lagi kawan keluar dari lokap.
 
Bagaimanapun, sumber tidak menjelaskan sebab musabab di sebalik tindakan itu.
 
Waris mangsa dan pihak Suaram dijadualkan bertemu pegawai penyiasat berwajib jam 3 petang ini.
 
Dr Afif Bahardin - pemimpin AMK Pulau Pinang dilaporkan turut menyertai delegasi itu.
 
Berita lanjut, menyusul kemudian.
 
Tag: 

Ruangan Komen

PERINGATAN: PenangInsight tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun laman sosial dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.