Seludup 398,000 pil kuda bernilai RM8j dirampas tentera, polis?

Zainulfaqar | Nov 28, 9:41 PM

 

PELBAGAi tanda tanya di sebalik kejayaan Tentera Diraja Malaysia (ATM) merampas 398,000 pil kuda bernilai RM8 juta kelmarin, iaitu selepas mengambil alih tugas mengawal sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan selama empat hari lepas.
 
Adakah sempadan Malaysia begitu rapuh dek rasuah pihak tertentu dalam polis sendiri sampai tentera diarah mengambil alih menjaga keselamatan dalam negeri?
 
Sehingga 8.00 malam tadi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Datuk Dr. Abd. Latiff Bin Ahmad masih belum memberi respons.
 
Bagaimanapun, Panglima 8 Briged, Datuk Mohamad Zaki Hamzah berkata, kegiatan itu dapat dikesan selepas dua anggota yang melakukan rondaan terserempak dengan seorang lelaki berhampiran pangkalan haram Ibrahim Pencen, di sini.
 
Katanya, lelaki itu dikatakan memikul dua kotak dan satu guni menuju ke arah sebuah motosikal menggunakan nombor pendaftaran negara jiran.
 
“Anggota RS yang ternampak pergerakannya mengarahkan dia berhenti serta merta namun lelaki terbabit secara tiba-tiba membuang barangan dibawa lalu terjun ke dalam Sungai Golok.
 
“Kami tidak memastikan sama ada lelaki terbabit penduduk tempatan atau negara jiran kerana dia terus melarikan diri bagi mengelakkannya ditahan,” katanya.
 
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kotak dan 49 bungkusan plastik diisi dalam guni berkenaan yang mengandungi pil berwarna hijau dan merah disyaki pil kuda.
 
Mohamad Zaki berkata, sebanyak 398,000 pil dirampas dan semua dadah itu dipercayai dibawa ke sini untuk diedarkan dalam pasaran tempatan.
 
“Ini rampasan terbesar berjaya dilakukan sejak mengambil alih tugas Ops Wawasan empat hari lalu.
 
“Kami turut merampas motosikal digunakan lelaki terbabit. Semua hasil rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut,” katanya. -END
Tag: 

Ruangan Komen

PERINGATAN: PenangInsight tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun laman sosial dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.