Sensitiviti penduduk Jalan Tanjung Bunga 7 dirujuk JKR - Hock Seng

Hirnissa | Dec 5, 9:01 AM
KERAJAAN Negeri Pulau Pinang akan terus berbincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya usaha pelebaran jalan raya dari dua lorong ke empat lorong yang menghubungkan Jalan Raja Uda ke persimpangan Jalan Bunga Tanjung 7 mengambil kira sensitiviti penduduk setempat.
 
Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng berkata demikian sebagai reaksi pada rungutan penduduk daripada kira-kira 15 buah rumah teres dua tingkat di Jalan Bunga Tanjung 7, di sini yang mendakwa pelebaran jalan tersebut hampir mencecah sempadan rumah mereka.
 
"JKR memperuntukan RM150,000 untuk melebarkan sebahagian daripada Jalan Tanjung Bunga 7 serta memasang satu lampu jalan di persimpangan berhampiran Jalan Raja Uda.
 
"(Projek pelebaran jalan) tersebut demi memenuhi kepenggunaan beribu-ribu kenderaan yang melambak (di jaan tersebut) tiap-tiap hari, selain, untuk memenuhi (keperluan) projek-projek pembangunan baru berdekatan (kawasan tersebut)," ujar beliau semasa melawat lokasi berwajib baru-baru ini di sini.
 
Terdahulu, pelebaran jalan tersebut dikatakan menerima rungutan penduduk setempat kerana jarak antara jalan itu dan pintu rumah penduduk berwajib kira-kira 1.8 meter sahaja.
 
Kerja-kerja memecahkan turapan jalan yang turut membabitkan laluan pejalan kaki sejak beberapa minggu lepas, dikatakan bakal mengakibatkan penduduk setempat menghadapi masalah parkir di luar kawasan rumah.
 
Penduduk setempat dilaporkan turut membangkitkan isu keselamatan serta priversi mereka akan hilang sekiranya usaha melebarkan jalan tersebut diteruskan.
 
Hock Seng berkata, pelebaran jalan tersebut demi menyurai kesesakan trafik yang sebenarnya menyentuh kepentingan umum rakyat, termasuk sensitiviti penduduk setempat sendiri. -END 
Tag: 

Ruangan Komen

PERINGATAN: PenangInsight tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun laman sosial dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.