Tanam semula pokok selepas lebar jalan - MPPP

Zainulfaqar | Nov 29, 8:12 PM
 
MAJLiS Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bercadang untuk memindah 20 pokok teduh serta menanam semula 44 pokok lain di sekitar Jalan Masjid Negeri, George Town demi menjayakan projek melebar jalan utama itu ke arah rancangan penyuraian trafik sebagaimana yang dituntut oleh rakyat.
 
Justeru, Timbalan Pengarah Kejuruteraannya, Ir.Rajendiran a/l P.Anthony berkata, MPPP sebenarnya sama prihatin dengan bantahan yang disuarakan oleh Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M.Mohamed Idris semalam.
 
"Sebagai MPSP, kita perlu menimbang antara keperluan menyuraikan kesesakan trafik yang dituntut oleh pengguna di jalan ini dan pada masa yang sama kita fikir bagaimana mahu diselamatkan semua pokok ini," ujar beliau di kawasan berkenaan petang tadi.
 
Pengarah Kejuruteraan MPSP, Ir. Addnan Mohd. Razali, Nor Rezan Sulaiman (Jurutera Lanskap) turut hadir pada sidang media itu. 
 
Rajendiran berkata, kesemua pokok berwajib akan ditanam semula di sekitar Jalan Masjid Negeri berkenaan kelak demi mengekalkan kualiti udara yang sihat seperti yang dituntut oleh CAP.
 
Malah katanya, tidak semua pokok ditebang di sepanjang 700 meter jalan tersebut.
 
Difahamkan, MPPP memperuntukan RM7.5 juta bagi melebarkan jalan tersebut.
 
Demi mencari titik persemahaman, Rajendiran berkata, MPPP akan mengadakan suatu perbincangan mambabitkan CAP, Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Sahabat Alam Malaysia (SAM), Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Sahabat Taman Botani Pulau Pinang di sini sekitar jam 3.30 petang esok.
 
Semalam, CAP bersama-sama 50 aktivis alam sekitar dan penduduk setempat melancarkan piket memprotes cadangan MPPP itu.
 
Mereka mengangkat plakad "Selamatkat Pokok ini", "Pembangunan Ancam Alam Sekitar Pulau Pinang" dan Hentikan Tebang Pokok" di kawasan berkenaan.
 
Bercakap pada satu sidang media, S.M. Mohamed Idris melahirkan rasa kecewa dengan langkah Kerajaan Negeri dan MPPP yang dikatakan tidak cakna pada "aset-aset alam yang tidak bernilai itu". -END
Tag: 

Ruangan Komen

PERINGATAN: PenangInsight tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun laman sosial dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.