Tol Jambatan PP kekal RM7 atau naik RM9.40, tanya Guan Eng

Zainulfaqar | Nov 29, 12:57 PM

 

Adakah harga tol Jambatan Pertama Pulau Pinang yang mengenakan kadar RM7 bagi ketegori kereta akan dinaikkan sehingga RM9.40 selaras dengan harga tol Jambatan Kedua Pulau Pinang kelak?
 
Itu antara soalan Ahli Parlimen Bagan, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dalam satu maklum balas bertulis di Dewan Rakyat baru-baru ini.
 
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, rakyat akan lebih memilih jambatan pertama berbanding kedua jika kadar tol tidak diselaraskan sehingga RM9.40 bagi ketegori kereta.
 
Ditambah dengan jambatan kedua yang lebih panjang, iaitu 23.5 Kilometer, beliau berkata, pengguna lebih memilih jambatan pertama sepanjag 13 Kilometer demi menjimatkan kos bahan bakar minyak kenderaan.
 
Atas maksud itu, beliau berkata, Kerajaan Umno Barisan Nasional wajar memberikan jawapan yang jelas pada beberapa perkara yang dibangkitkan itu demi kepentingan rakyat di Pulau Pinang.
 
"Kegagalan mengesahkan ataupun mengumumkan kadar tol menimbulkan tanda-tanya samada ia akan lebih tinggi daripada RM 9.40," ujar beliau di Komtar, George Town.
 
Pun begitu, beliau merakamkan insiatif Pusat meluluskan peruntukan RM780 juta bagi menaik taraf tiga jalan utama yang menghubungkan Jamabatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung. 
 
"Ia (Jambatan Kedua Pulau Pinang) lewat bermula dan akan siap pada pertengahan 2014 iaitu 9 bulan lebih lewat daripada siapnya Jambatan Kedua pada Nov 2013," ujar Ahli Dewan Undanga Negeri (ADUN) Air Putih.
 
Tag: 

Ruangan Komen

PERINGATAN: PenangInsight tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun laman sosial dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.