Trek berbasikal, Inisiatif Hijau P.Pinang diiktiraf Pusat

Zainulfaqar | Dec 5, 3:13 PM

 

 
SEMPENA Hari Perbandaran Sedunia baru-baru ini, Majlis Perbandaran Pulau Pinang diktiraf sebagai johan ketegori penyediaan trek berasikal dalam program Inisiatif Kejiranan Hijau 2012 kendalian Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan.
 
Pengarah Korporat MPPP, Ar. Patrick Khoo Poh Aik berkata, pihaknya menerima sijil penyertaan serta cek bernilai RM5,000.
 
"Ini perupakan kali kedua MPPP menerima penghargaan sebegini. Tahun lepas, kita hanya mendapat sijil (penyertaan) sahaja.
 
"Tetapi, tahun ini kita mendapat sijil penyertaan dengan cek bernilai RM5,000," ujar beliau melepas selesai mesyuarat penuh MPPP di Dewan Bandaran, di sini.
 
Pemangku Pengarah Perancangan Pembangunan, Roslan Ramly dan Ir. Addnan Mohd. Razali  (Timbalan Pengarah Kejuruteraan) turut hadir pada sidang media tersebut.
 
Patrick berkata, Hari Perbandaran Sedunia diraikan pada November tiap-tiap tahun.
 
Di Malaysia, sebanyak lima ketegori dipertandingkan, iaitu ketegori penyediaan laluan pejalan kaki, penyediaan trek berbasikal, pengumpulan dan kitar semula air hujan, pengkomposan sisa dan kebun kejiranan.
 
Beliau berkata, pengiktirafan itu sekaligus menjadi sumbu inspirasi bagi MPPP serta ke aras merealisasikan kempen "Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat" yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri. -END 
Tag: 

Ruangan Komen

PERINGATAN: PenangInsight tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun laman sosial dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.