BERSIH 3.0 - Kenapa Kita Mesti Sokong?

PEMBERITAHUAN: Tulisan dalam bahagian Dari Blog ini merupakan pandangan peribadi pemilik blog yang disertakan sebagai rujukan dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com.
Al-Husseyn| Oct 17, 1:33 AM
Sistem p/raya Thailand lebih demokratik dan telus berbanding Malaysia. Setiap parti diberikan ruang yang secukupnya untuk berkempen di televisyen dengan masa yang tertentu.
 
Thailand memberikan ruang yang secukupnya bagi rakyatnya untuk menjadi pemilih yang bijak dalam p/raya.Mereka mendapat maklumat yang benar melalui siaran TV dan akhbar-akhbar.

Selain itu, mereka diberikan tempoh untuk berkempen yang sangat selesa.Undang-undang Thailand memestikan pilihan raya diadakan di antara 45 dan 60 hari selepas Parlimen dibubarkan.

Namun, mereka tidak perlu gantung bendera atau tampal poster gila-gila macam di Malaysia kerana kesempatan berkempen melalui TV dan akhbar-akhbar bagi semua parti yang terlibat sudah memadai dan amat berkesan.Tidak kira parti lawan atau parti pemerintah.

Dengan cara ini ratusan ribu ringgit tidak perlu dihabiskan untuk kempen poster dan sepanduk parti; hingga ada yang berhutang berjuta ringgit dan masuk mahkamah kerana ngelat tak mahu bayar hutang tersebut kepada pembekal.Ha! ha! Siapa lagi kalau bukan ini?

Dan seperkara lagi, perkara yang tidak karuan seperti adanya sesetengah pihak yang sanggup makan dan meratah poster atau bendera parti lawan dapatlah kita hindari!

Di Malaysia, hanya Umno/BN sahaja berpeluang berkempen dan memburukan parti lawan sepanjang tahun, sepanjang masa siaran di semua stesyen TV Malaysia! Hari-hari Umno/BN berkempen tidak payah tunggu pembubaran parlimen!

Maka sebab itu, parti Pakatan Rakyat yang tidak mendapat ruang berkempen macam Umno/BN di televisyen dan di akhbar-akhbar perdana, terpaksa pergi sendiri menemui rakyat melalui majlis-majlis ceramah di merata tempat.

Namun, kebelakangan ini, banyak program ceramah PR diganggu gugat oleh pihak Umno/BN. Mereka berlagak samseng dan sungguh tidak bertamadun.

Marilah kita sama-sama menyokong tuntutan BERSIH 3.0 yang mahukan negara mengamalkan p/raya yang adil, telus dan bersih.

Tuntutan BERSIH 3.0 bukan bagi pihak parti pembangkang semata-mata, tetapi untuk kesejahteraan rakyat Malaysia seluruhnya.

Bersih menuntut lapan perkara utama dipenuhi oleh kerajaan bagi memastikan pilihan raya di negara ini berjalan dengan aman, bersih dan adil sesuai dengan prinsip dan paksi demokrasi.

 
* Bersihkan senarai undi. *Memreformasikan undi pos. *Guna dakwat kekal. *Akses media bebas dan adil. *Kukuhkan institusi awam. *Hentikan rasuah. *Hentikan politik kotor.
 
Adakah tuntutan BERSIH ini melampau? Kenapa kerajaan begitu liat untuk memenuhi tuntutan itu?

Rakyat yang cintakan demokrasi dan keadilan mestilah bersama-sama BERSIH 3.0 berpakat duduk dan bantah di Dataran Merdeka, jam 2:00 petang pada 28 April ini sebagai tanda sokongan menuntut keadilan dan bersih dalam pilihanraya.

 

 

Ruangan Komen

PERINGATAN: PenangInsight tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun laman sosial dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.