Bila Tok Wan masih tidor lagi.....inilah padahnya

PEMBERITAHUAN: Tulisan dalam bahagian Dari Blog ini merupakan pandangan peribadi pemilik blog yang disertakan sebagai rujukan dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com.
Al-Husseyn| Oct 18, 2:39 AM
Apa Azizan buat? Dulu mungkinlah dia tak perasaan bila PKNK beli 500,000 unit saham FGVH ....
  
Tapi apa pula alasan Azizan kali ini bila Anak syarikat kepada Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) mengambil pinjaman AS$40 juta (RM134 juta) tanpa kelulusan lembaga pengarah untuk projek pembalakan dan pembangunan yang kemudiannya bermasalah.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, pinjaman itu dibuat pengarah urusan dan pengurus besar oleh Kedah Corporation Bhd (KCB) untuk projek di Papua New Guinea.
 
Menurut laporan itu lagi, perunding itu dibayar secara ansuran sebanyak RM1.6 juta dan RM4.67 juta sebagai komisen dan yuran guaman walaupun pinjaman itu dibatalkan pada Januari 2010.Baca lagi di sini

Kes kedua adalah mengenai membayar kontraktor untuk kerja-kerja pembaikan tiga buah rumah kos rendah yang tidak wujud, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011. Baca  di sini

Kita tunggulah pendedahan penyelewengan di negeri-negeri dibawah Umno/BN nanti. Tentu lebih teruk dari Kedah nih.Walau apa pun, kita jangan buat tak mandang dengan apa yang berlaku di Kedah kerana tidak sepatutnya berlaku kerana PAS perjuangkan Islam. Umno/BN tu buat gitu memanglah selayaknya sebab depa tu setan!

 

 

Ruangan Komen

PERINGATAN: PenangInsight tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun laman sosial dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.