Cina nak ke lagi dikaitkan dengan MCA yang maki dan hina Islam?

PEMBERITAHUAN: Tulisan dalam bahagian Dari Blog ini merupakan pandangan peribadi pemilik blog yang disertakan sebagai rujukan dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com.
Penarik Beca| Oct 28, 3:05 PM
Saya jumpa beberapa orang yang tak suka dikaitkan dengan Umno. Ada sorang yang kata "I do not wish to be associated with racist".
 
Seorang lagi pula agak jelas penjelasannya. "Tak boleh dah mengaku Umno. Kita ni nak berniaga. Umno pulak bengkeng sangat dengan Cina," kata Mamat itu yang saya jumpa di meja kedai mamak dengan kawan dia yang juga kawan saya. Depa tengah minum, kawan saya tu ajak saya minum sekali. Lepas tu biasa la, sembang-sembang.
 
Saya hanya jumpa dua tiga orang yang tak berani dah nak mengaku Umno akibat imej Umno kini. Seorang kawan kata "perangai Umno la ni dah macam nak bunuh Cina". Mungkin ada ramai lagi orang Melayu yang siuman yang tak berani dah mengaku dia tu Umno.
 
Dalam satu perbualan, saya tanya Datuk Mahfuz Omar ada tak kemungkinan orang Cina juga takut nak di'associate'kan dengan MCA yang maki dan hina Islam? Ada tak kemungkinan orang Cina rasa, kalau mengaku dia MCA, itu dah macam mengaku dia tu kaki maki dan hina Islam?
 
Tak mustahil, katanya.
 
Fikir-fikir, saya rasa kalau tak diassociatekan sebagai kaki maki dan hina Islam pun, orang-orang Cina rata-ratanya dah malu nak mengaku MCA atau Gerakan atau mana-mana parti dalam Barisan Nasional (BN). Hanya Cina yang jenis muka tak malu langsung ja yang berani mengaku dia masih sokong BN (Imej di bawah copy and paste tanpa izin dari blog Azmie Yusoff - harap halalkan).
 
Berkaitan:
 
 

Ruangan Komen

PERINGATAN: PenangInsight tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun laman sosial dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.