Interpol Rancang Tangkap Yusof al-Qardhawi, Anwar Bagaimana?

PEMBERITAHUAN: Tulisan dalam bahagian Dari Blog ini merupakan pandangan peribadi pemilik blog yang disertakan sebagai rujukan dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com.
Nota Kecil| Oct 16, 10:36 PM

ILTIZAM politik Dr Yusof al-Qardhawi menyatukan semula Hamas dan Fattah bagi membawa misi keamanan di wilayah bergolak Gaza, Palestin baru-baru ini mungkin mengakibatkan ulama terkemuka dunia itu ditangkap lalu dipenjara.

Beberapa akhbar di Dubai hari ini melaporkan, Ketua Polis di negara itu telahpun meminta bantuan polis antarabangsa INTERPOL untuk mereman al-Qardhawi.

Al-Qardhawi dipercayai masih di kediaman peribadinya di Qatar.

Laporan pembaca Nota Kecil dari Dubai mendedahkan, arahan menangkap al-Qardhawi itu kemungkinan didalangi oleh jabatan perisikan Israel  bernama Sindbad.

Ini kerana, perjanjian persefahaman Fatah dan Hamas yang dimeterai di rumah al-Qardhawi dekat Qatar memberi tekanan yang lebih kuat pada hubungan luar Israel di rantau Arab.

Peristiwa itu turut disaksikan oleh pemimpin demokrat ulung Palestin, Khaled Mashaal (Ketua Biro Politik Hamas).

Tidak mungkin Israel menarik ketenteraannya dan menerima proses demokrasi yang ditawarkan oleh Palestin, sehingga membawa penguncupan kuasa politik Zionis disebabkan komposisi rakyat Israel lebih kecil berbanding rakyat Palestin.

Putrajaya setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang reaksi sungguhpun pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak acap kali didedah mempunyai hubungan perdagangan dengan negara haram Israel sebelum ini.

Sekiranya tangkapan bermotif politik dikenakan ke atas al-Qardhawi, dijangka memberi kesan berantai kepada Pakatan Rakyat di negara ini.

Ini kerana, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR) antara pemimpin ulung Malaysia yang dijemput hadir di kediaman al-Qardhawi bagi menyaksikan perjanjian persefahaman antara Hamas dan Fatah.

Media Barat menggambarkan Anwar senada dengan al-Qardhawi menyokong proses keamanan untuk umat Islam di wilayah bergolak Palestin manakala bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta pertadbiran Najib mengfitnah Anwar mesra Israel dan Amerika Syarikat. -Nota Kecil

Ruangan Komen

PERINGATAN: PenangInsight tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun laman sosial dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.