Lebih sesat dari babi (3)

PEMBERITAHUAN: Tulisan dalam bahagian Dari Blog ini merupakan pandangan peribadi pemilik blog yang disertakan sebagai rujukan dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com.
Penarik Beca| Nov 28, 11:00 PM

Dalam berita "'Cheap land for Umno used for the community'", Malaysiakini 21/11/12 memetik Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata:

"Umno is the people. Umno represents 400,000 people in Selangor and these people pay taxes. The (land) is for the people of Selangor".

Dalam posting 18/7/10 bertajuk "Lebih sesat dari babi (2)", saya tulis:

...pengambilan harta rakyat seperti tanah dan sebagainya untuk kepentingan parti-parti politik (dengan qias kononnya bagi kepada parti politik pun untuk orang ramai juga - qias ma'al-fariq kerana mana boleh harta awam atau harta rakyat seluruhnya diberikan untuk kepentingan sejumlah kecil rakyat yang menganggotai parti tertentu)...

Setelah memetik apa yang pernah saya tulis itu, saya ulangi apa yang selalu saya sebut bahawa parti mana pun yang guna hujah seperti di atas adalah lebih sesat dari babi.

 
Saya sebut babi kerana babi adalah salah satu dari binatang ternak. Firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 179 Allah yang mafhumnya: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."
 
Seterusnya, Malaysiakini juga memetik Mamat Adun Kuang tu kata:

"This is not (about) one individual but an organisation (with) many (people). Can't Umno receive funds to build a multi-purpose hall (or) community hall for public use?

When asked if all the land were used in this manner, he replied, "all the land was used for halls, pre-schools and etc - all in the interest of the people, not individuals”.

Dalam beritanya pada 22/11/12 bertajuk "Ng dakwa Shukor bohong isu tanah untuk Umno", Malaysiakini melaporkan:

ADUN DAP Ng Suee Lim mendakwa wakil rakyat pembangkang Abdul Shukor Idrus berbohong dalam penjelasannya kepada DUN berhubung penggunaan tanah yang diperolehi individu tertentu bawah harga pasaran ketika BN mentadbir Selangor.

ADUN Sekinchan itu mendakwa, ada di antara tanah yang diperolehi itu digunakan untuk tujuan komersial ataupun dijual.

"Tanah berkenaan (dibangunkan) secara usaha sama dan ada yang sudah membina kedai, kondominium dan hartanah lain," dakwanya dalam satu sidang media di bangunan DUN Selangor hari ini.

Ng mendakwa, tiada dewan mahupun taman asuhan kanak-kanak yang dibina di atas tanah berkenaan.

"Ini bermakna ADUN Kuang membuat satu pembohongan besar," dakwa Ng.

Dalam berita 23/11/12 bertajuk "Ng kata tanah murah dibeli BN kini bernilai RM300j" pula, Malaysiakini melaporkan:

Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan menyemak semula nilai 24 keping tanah di Selangor yang didakwa dijual murah kepada parti komponen BN - daripada RM20 juta kepada RM300 juta.

Beliau sebelum ini mendakwa tanah seluas 33.5 ekar atau 1,459,260 kaki persegi itu dijual pada harga RM1 kakipersegi atau lebih RM1.4 juta kepada parti komponen BN antara 1999 hingga 2008, walaupun harga pasarannya sekurang-kurangnya RM20 juta.

"Izinkan saya buat pembetulan di sini. Tempoh hari saya anggarkan skandal Sapu Tanah 1Malaysia ini RM20 juta.

"Tetapi setelah saya teliti dengan harga pasaran antara RM300 ke RM400 sekaki persegi, paling kurang kalau RM200 kaki persegi, anggarannya tidak kurang daripada RM300 juta," katanya.

Dengan petikan-petikan di atas, saya berharap semua pihak meningkatkan doa agar Allah s.w.t. menghancurleburkan Umno Barisan Nasional (BN).

Perlu diingat, jika kalah dalam pilihan raya umum, parti syaitan tak akan hidup dah kerana selama ini syaitan tu menang dengan penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan jentera kerajaan terutama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan juga menang dengan rembat duit rakyat melalui kejahatan menaikkan harga dan kos projek-projek serta duit tajaan tauke-tauke yang selepas itu menuntut balik dibalas budi mereka dengan penyalahgunaan kuasa politik yang ada pada syaitan tu.

Berkaitan:
MB janji siasat dakwaan BN beli tanah murah (Malaysiakini 23/11/12)
Suee Lim now says 'cheap land' is worth RM300mil (Malaysiakini 23/11/12)
MCA S'gor: Tiada salahnya beli tanah murah (Malaysiakini 23/11/12)
You're lying about cheap land for Umno, Ng tells Shukor (Malaysiakini 22/11/12)

 

Ruangan Komen

PERINGATAN: PenangInsight tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun laman sosial dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.