"Salahkah Haziq tuntut pendidikan percuma?"

PEMBERITAHUAN: Tulisan dalam bahagian Dari Blog ini merupakan pandangan peribadi pemilik blog yang disertakan sebagai rujukan dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com.
Nota Kecil| Oct 17, 1:45 AM

 

Oleh: Wartawan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya

 
 
Kira-kira 13 mahasiswa tahun pertama berkumpul di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya lalu berarak ke Kompleks Perdana Siswa (KPS) bersolidariti untuk rakan seperjuangan Haziq Abdullah Abdul Aziz. 
 
Terdapat mahasiswa lain berkumpul lebih awal di KPS untuk mengarak wira mahasiswa mendepani tribunal AUKU yang maha zalim.
 
Di KPS, telah ramai mahasiswa berkumpul bagi memberi sokongan kepada Haziq dan dua lagi wira mahasiswa, iaitu Muhammad Safwan Anang @ Talib dan Mohd Syahid Mohd Zaini.
 
Mereka yang menyokong UM3, antaranya saudara Ehsan Bukhari dan Mandeep Singh.
 
Jumlah mahasiswa tahun pertama dari fakulti Undang-Undang Universiti Malaya yang 'duduk bantah' di KPS berganda lebih 30 orang.
 
Jurucakap mereka, Vince Tan berucap sebelum keputusan prosiding diumumkan oleh Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Dr Azmi Sharom. 
 
Vince berkata, pihaknya memberi sokongan moral kepada Haziq kerana mereka percaya bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dapat dibuktikan bersalah.
 
Beliau mengulangi hasrat pihaknya, solidariti mereka adalah menunjukkan semangat setia kawan dengan mempercayai Haziq adalah tidak bersalah kerana Haziq adalah perjuang kebajikan mahasiswa.
 
Ini, menurut beliau, menyerlahkan keprihatinan mahasiswa Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya terhadap penyelewengan AUKU.
 
"Mahasiswa undang-undang bukan sahaja kawan tetapi merupakan sebuah 'family' (keluarga)," ujar Vince.
 
Bendahari SMM Adam Adli pun turut hadir. 
 
Selain itu, beberapa orang yang tidak dikenali - dipercayai SB Bukit Aman - menangkap gambar mahasiswa-mahasiswi yang telah berkumpul dan dimaklumkan oleh seorang pelajar lain.
 
Mereka, mungkin perisik Hal Ehwal Pelajar(HEP) kerana pernah dilihat mengambil gambar mahasiswa Pro-M yang berucap ataupun semasa mahasiswa berdemo.
 
Keputusan prosiding tersebut diumumkan oleh Dr Azmi Sharom bahawa ketiga-tiga siswa UM didapati bersalah walaupun hujah pembelaan yang dikemukakan adalah kuat.
 
Apa yang dilakukan oleh siswa UM3 tersebut adalah berdasarkan hak perlembagaan mereka kerana mereka hanya menuntut perndidikan percuma dan menegaskan undang-undang universiti perlu menghormati Perlembagaan.
 
UM3 dikenakan amaran, denda dan juga digantung satu semester berkuatkuasa serta merta.
 
Haziq Abdullah Abdul Aziz kemudian selaku Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent memberikan hujahnya di depan semua mahasiswa-mahasiswi dan berterima kasih atas semangat dan keyakinan yang ditunjukkan oleh mereka dalam menyokong UM3.
 

Ruangan Komen

PERINGATAN: PenangInsight tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun laman sosial dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.