Haram kartun di PRU13 lucu

 
Kartun adalah salah satu medium bagi parti-parti politik untuk menyampaikan mesej dalam pilihan raya.  Dan ia adalah medium yang halal dipraktiskan secara undang-undang di Malaysia dan kerana itu SPR tak berhak melarangnya.  Mengharamkan penggunaan kartun ketika kempen pilihanraya adalah satu peraturan yang bukan saja salah di sisi undang-undang, tetapi paling melucukan.
 
Ini kerana yang patut diberi perhatian oleh SPR bukan medium, tetapi kandungan atau mesej yang digunakan oleh parti-parti politik dan penyokong yang berkempen.  Mesej yang tidak bertanggungjawab serta bersifat serangan peribadi dalam apa jua bentuk medium perlu diambil tindakan.
 

SPR seharusnya gunakan tenaga dan usaha untuk memenuhi lapan tuntutan BERSIH daripada berbicara soal kartun dan karikatur.
 
Saya ingin mengumumkan saya akan mengetuai satu kumpulan kartunis, iaitu Kumpulan Kartunis Independen (KKI) dan akan terlibat aktif sebelum dan ketika kempen PRU akan datang.
 
Kami akan membuka bilik gerakan kartunis sendiri dan akan bergerak secara berkumpulan dengan menggunakan van dan berkempen ketika kempen PRU.
 
Fokus kami ialah mendedahkan penyelewengan dan korupsi oleh pemerintah sekarang.  Ini termasuk isu skandal Scorpene, NFC, isteri Perdana Menteri, dan lain-lain.  Dan kartun-kartun yang mengandungi mesej ini akan diedarkan dalam berbagai bentuk; risalah, poster, sepanduk, video dan sebagainya.
 
 

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anawar Ulhaque dikenali sebagai kartunis politik Malaysia yang seringkali mencuit perasaan ahli politik Umno Barisan Nasinal. Tulisan ini sebagai reaksi pada kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wan Ahmad Wan Omar yang melarang penggunaan kartun dalam kempen PRU 13.

 

 

Ruangan Komen

PERINGATAN: PenangInsight tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun laman sosial dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.