Mengapa regid hal pelan Bayan Mutiara?

 

MENGAPA perlu begitu regid mengenai pelan perancangan fasa 1 Bayan Mutiara yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 2006?

 

Sebelum dijual kepada Ivory Property Group Berhad (IPGB), tanah itu milik Perbadanan Menteri Besar (PDC).
 
PDC berhak meneruskan perancangan tersebut atau menambah baik perancangan pembangunan dengan mengemukakan pelan yang baru.
 
PDC adalah pemilik tanah itu.
 
Maka, tidak berbangkit soal wujud tapak masjid atau sekolah dan lain-lain berdasarkan pelan asal itu.
 
Lagipun, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menyediakan garis panduan perancangan pembangunan yang standard.
 
Antaranyanya, kemestian membina masjid jika satu-satu kawasan pembangunan membangunkan 1,200 unit rumah.
 
Ertinya, jika Ivory nak serah pelan perancangan pembangunan baru yang memuatkan lebih dari 1,200 unit rumah kepada MPPP kelak, tidak dapat tidak pemaju itu perlu memperuntukan tapak untuk bina masjid.
 
Jika di situ, tiada penempatan takkan perlu juga dibinan sebuah masjid? Masjid dibina untuk diimarahkan, bukan untuk membangga diri, tapi kontang dari kunjungan jamaah.
 
Sebab itu, saya tidak faham mengapa Ketua Pemuda Umno, Shaik Hussein Mydian begitu regid dalam soal pelan ini kononnya melenyapkan tapak masjid?
 
Saya juga tidak faham, mengapa Pengerusi Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) tidak konsistan dan makin mengelirukan umat Melayu di negeri ini.
 
Lagi saya tidak faham, apabila membaca tulisan Kolumnis PenangInsight.com bernama Zainulfaqar yang nampak lebih cenderung pada sumber-sumber pembangkang.
 
Mengapa perlu regid dalam hal pelan pembangan fasa I Bayan Mutiara ini sedangkan pemimpin Umno - mungkin KMPP atau Zainulfaqar sendiri - dilihat menolak hukum Islam dari Al-Quran dan al-Hadith yang bersifat mutlak?
 
Dalam isu tanah rizab Melayu, fleksibal pula pemimpin Umno dengan 'rampas atas nama pembangunan' sebagaimana di Permatang Rawa.
 
Dalam hal ekuiti Bumiputera Melayu yang dijanjikan melalu Dasar Ekonomi Baru, fleksibal pula kroni-kroni Umno merompak sampai RM52 bilion. Yang tinggal. RM2 bilion sahaja.
 
Dalam isu tanah Felda yang membabitkan orang-orang Melayu, Umno fleksibel pula sampai cuba menyahmilikan hak peneroka-peneroka melalui usaha penyenaraian di Bursa Malaysia.
 
Mengapa perlu regid dalam hal pelan ketika dalam hal-hal yang perlu dipelihara demi kepentingan Melayu serta rakyat dirompak serta diseleweng?
 
Wallahu 'alam.
 
 

Ikhwan Nasser Mohamad Isa merupakan bekas Eksekutif Restoran McDonald, KLIA sebelum pulang ke Pulau Pinang; Beliau merupakan anak kelahiran Kampung Cherok To' Kun - sekampung dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim - dan bekas pelajar High School Bukit Mertajam (1998-2002) yang menyaksikan ledakan Reformasi '98. Sekarang, beliau bergabung dengan pertubuhan Malaysia Bangkit Langgar Rejim (Lang-Gar!) bersama-sama sekumpulan grup reformis '98. Beliau juga merupakan Setiausaha Bersama bagi Majlis Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Mertajam.

 

Ruangan Komen

PERINGATAN: PenangInsight tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun laman sosial dan tidak semestinya menggambarkan pendirian PenangInsight.com. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.